Zaid yang sedang berbaring di atas katil tertawa. Garang pulak dia ya. Nak jadi Singa Betina balik ke? Desis hatinya sendiri sambil bibir masih lagi menguntum senyuman.
"Hai... senyum pun salah? Senyum tu kan sedekah..” jawabnya dalam senyuman yang masih menguntum.
“Senyum abang tu senyum ketawakan Iman..” getus Iman perlahan. Zaid tertawa.
“Mana ada... abang senyum sebab tengok Iman gelabah.” Balas Zaid perlahan. Iman mendengus.
“Mana ada Iman gelabah...” gumam isterinya perlahan.
“Iya tak gelabah? Bukan Iman mencari pregnancy kit kat dalam tu tadi? Nak test positive ke tak, kan?”
“Mana ada...” Zaid tertawa. Melihat wajah Iman yang merah padam, dia tahu Iman malu bila tekaannya mengena.
“Tengok... Kan ke dulu dah janji, tak nak berahsia... Tak nak ada tipu-tipu lagi antara kita. Tipu sunat ke wajib ke apa ke... Dah lupa?” soalnya lagi. Iman semakin menundukkan kepala. Jemarinya sibuk memintal hujung baju pijama yang dipakai.
Senyuman Zaid semakin menguntum. Reaksi Iman dalam segala ekspresi selalu dalam perhatiannya. Bukan dia tak tahu isterinya ini kalau dengan dia, mudah saja mengelabah. Mungkin kerana itulah Iman selalu saja diusik oleh abang-abang iparnya.
“Amani ni kan, kalau dengan Zaid... abang tengok macam first time couple dengan pakwe tau... malu-malu. Cepat je gelabah...”
Setiap kali abang Ngah mengusik Iman, dia pasti tertawa galak. Dan setiap kali juga lengannya akan menjadi mangsa ketam batu milik Iman.
“Yang Iman gelabah sangat tu kenapa?” soalnya lagi.
“Mana ada...” dalih isterinya.
“Dah.. kalau tak ada, apasal yang tercegat je kat situ dari tadi? Tak nak tidur?” soal Zaid selamba.
Iman mengerutu sendiri di dalam hati. Geram!
Sekali lagi dia diusik begitu.
Baru saja dia berbaring di sebelah suaminya, tiba-tiba suaminya yang nakal itu mengiring ke arahnya. Tangan suaminya menopang kepala. Sambil tersenyum suaminya bersuara, “Pregnancy Test kitt tu, colour biru ke?”
“Apa abang ni...” gerutunya lagi. Geram diusik begitu! Zaid tertawa galak. Tahu usikkannya itu menimbulkan rasa segan isterinya.
“Alah... itu pun nak malu ke?” balas suaminya perlahan.
“Mana ada...”
“Segan je ya?” balas Zaid tidak mahu mengalah.
“Tak adalah...”
Zaid tertawa. Tangannya yang sebelah lagi dengan selamba saja memeluk pinggang isterinya.
“Tepilah.... panas...” ujar Iman geram sambil menolak lengan suaminya. Geram benar dia. Sepetang ini teruk dia diusik suaminya itu.
Gara-gara soalan suaminya di dapur tadi, dia kelam-kabut keluar. Mencari pregnancy test kit. Bila suaminya bertanya mahu ke mana, katanya mahu ke kedai. Membeli barang.
Kebetulan pula barang yang mahu digunakan di dapur memang kehabisan, justeru segera dia menggunakan itu sebagai alasan. Tapi suaminya pula sibuk-sibuk nak ke kedai. Kononnya tak mahu menyusahkan dia. Macam tahu-tahu saja yang dia terfikir mahu mencari alat untuk ujian kehamilan itu.
Ketika naik ke atas selepas seharian sibuk di dapur, dia jadi hairan apabila alat yang disimpan di dalam beg tangannya itu, hilang begitu sahaja. Biar betul...
Kat mana pula diletakkannya alat ujian kehamilan tu?
Seingatnya tadi, selepas dibeli di kedai, alat itu diletakkan di dalam tas tangannya. Tapi puas berkali-kali dia mencari masih juga tak berjumpa. Siap semua barang di dalam tas tangannya di tonggeng-tonggengkan. Tak jumpa-jumpa jugak.
Pelik!
“Sayang cari apa?”
Soalan Zaid itu berlalu begitu saja dek kerana dia sendiri sedang sibuk mencari alat ujian kehamilan yang dibeli tadi. Puas mencari tapi tak juga berjumpa.
Tak puas hati betul! Dia ingat lagi. Dia letakkan di dalam beg tadi. Takkan tersilap letak kot?
Sebaik saja suaminya keluar dari bilik air, dia pula masuk ke bilik air. Terkedu sendiri dia di dalam bilik air bila alat ujian kehamilan itu ditemui di dalam peti ubat yang tergantung di dalam bilik air.
Tadi alat itu diletakkan di situ ke?
Biar betul? Pelupa ke dia sekarang?
Mengeletar tangannya tadi ketika menanti keputusan ujian. Tapi beberapa saat berlalu, akhirnya dia melepaskan nafas lega.
Negatif!
Mujur....
Ketawa kecil yang masih sayup-sayup kedengaran di hujung telinganya membuatkan dia menoleh. Pantas saja tangannya mencubit lengan suami yang sedang berbaring di sisi.
“Aduh!! Sakitlah Iman...” desis suara suaminya. Iman tak peduli. Geramnya masih bersisa. Apatah lagi bila ditawakan suaminya begitu.
“Padan muka...” jawab Iman perlahan. Zaid tersenyum. Pantas dia memanggungkan wajahnya. Senyuman nakal mula tampak di wajah lelaki itu.
“Padan muka ya?” soal Zaid sambil mengenyitkan mata.
Iman diam. Pantas saja tubuh isterinya diraih. Satu ciuman dilepaskan ke pipi Iman. Iman mula mengeliat kecil mahu melepaskan diri. Zaid tertawa.
Satu lagi ciuman dihadiahkan buat isterinya di pipi, sebelum bibirnya mula bertamu di bibir isterinya, satu lagi.. dan lagi... dan lagi...
Pagi itu, melihat Iman sibuk di dapur. Zaid tersenyum. Sengaja dia duduk tegak di monkey bar memerhatikan isterinya membuat kerja di dapur. Di depan mama, dia menjadi sopan sebentar. Tapi sebaik saja mama dan kak Raudhah tiada di dapur, dia pantas saja merangkul isterinya hinggakan Iman terkejut kecil.
“Merajuk lagi?” soal Zaid lembut dihujung telinga Iman.
Iman diam. Ada tak ada, dia cuba meleraikan pelukan suaminya perlahan. Namun Zaid masih berdegil.
“Iman merajuk dengan abang lagi ke?” Soal Zaid perlahan. Iman masih tak menjawab. Jemarinya masih cuba merungkaikan pelukan Zaid ke pinggang.
“Lepaslah...” pintanya perlahan. Zaid tersenyum.
“Tu bukan jawapan soalan abang tadi...” balas Zaid selamba.
“Tak...” jawab Iman perlahan.
Memang pun dia tak merajuk dengan suaminya. Dia cuma geram bila ditertawakan Zaid dengan teruk seperti semalam.
“Tak apa?” soal Zaid nakal.
“Tak merajuk dengan abang...” jawabnya perlahan.
Zaid tersenyum. “Betul tak merajuk dengan abang?”
Iman mengangguk.
“Kalau betul, mana morning kisses abang? Iman tak kasi morning kisses kat abang pun lagi pagi ni?” soal Zaid lagi.
“Abang... jangan mengada-ngadala...”
“Apa pulak abang mengada-ngada... Memang selalu tetiap pagi, Iman bagi morning kisses kat abang apa? Hari ni tak ada pun, kalau tak merajuk... apa tu?” soal Zaid.
“Mama nampak nanti...” balas Iman perlahan. Zaid tersenyum.
“Mana ada mama nampak, mama mana ada kat sini, mama kat depan.” Ujar Zaid perlahan.
“Abang....” Iman bersuara lembut, cuba memujuk.
“Cepat!” arah Zaid.
Iman mengeluh. Perlahan, dia berpaling memandang suaminya. Satu ciuman diberikan di pipi kiri dan kanan suaminya.
“Ehem.. ehem...”
Suara berdehem di pintu dapur membuatkan dia tersentak. Serentak dengan itu dia berpaling. Senyuman kak Raudhah dan mama di muka pintu membuatkan mukanya terasa panas. Kepalanya terasa berat.
Perlahan tubuh Zaid ditolak dari sisinya.
“Mama dengan kak Raudhah...” bisiknya halus. Zaid tersengih.
“Kat sini rupanya dia. Padanlah kita cari kat depan tu tak ada. Rupanya mengacau bini dia kat dapur...” ujar kak Raudhah. Mama ketawa.
“Itulah dulu orang nak kahwinkan, tak nak sangat. Sekarang ni tak nak berenggang pula ya, anak lelaki mama ni.”
Mendengar usikan mama dan kak Raudhah, bertambah panas rasa muka Iman. Zaid sekadar tersengih-sengih sebelum berlalu dari sisi Iman. Sebelum melangkah pergi, sempat pula dia berbisik di telinga Iman.
Terkedu. Tapi sempat lagi Iman menjegilkan mata pada Zaid..
Sempat lagi tu!
Buatnya mama dengan kak Raudhah dengar, buat malu jer!
“Cepat-cepat ye, dapat anak... boleh tambah cucu mama...” ujar mama. Iman tersipu-sipu.Malu diusik begitu.
“Semalam sayang cari pregnancy kit ye? Itu yang kelam-kabut, kan? Negatif eh sayang?”
Rupa-rupanya, Zaid tahu, apa yang dicarinya semalam. Siap tahu lagi apa result ujiannya semalam.
Padanlah semalam suaminya galak ketawa. Rupa-rupanya suaminya sedar yang dia gelabah. Mahunya tidak...
Dia belum bersedia.
Tapi kalau dapat?
Kalau dapat, pasti saja dia menerima. Bukankah itu anugerahNya? Tanda kasih sayang di antara dia dan suami.
Malu juga bila diusik suaminya begitu. Tapi dia benar-benar gelabah semalam. Hinggakan Hafiz Suhaimi sepupunya yang bertandang pun ketawakan dia. Siap berbisik padanya, yang itu hanya perasaannya sahaja.
Mujur juga...
Dia masih belum puas hidup berdua dengan suaminya. Belum lagi sempat dia menghilangkan rasa malu yang kadang-kadang bertandang datang, apatah lagi bermanja dengan suaminya.
just for you (2) Permalink




